Monday, May 6, 2013

Kajian Kebahagiaan Dengan Komunikasi Interpersonal


Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara kebahagiaan dengan komunikasi interpersonal dalam kalangan staf PDRM di Bukit Aman. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina, status perkahwinan dan pangkat dengan kebahagiaan begitu juga dalam mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina, status perkahwinan, pangkat dan bangsa dengan komunikasi interpersonal. Dalam kajian ini, sebanyak 217 responden diperolehi daripada staf  di Bukit Aman. Instrumen yang digunakan adalah Oxford Happines Questionaire untuk menganalisis tahap kebahagiaan. Manakala Communicator Style Measure untuk menganalisis gaya komunikasi. Analisa kajian dibuat dengan menggunakan taburan kekerapan dan statistik deskriptif. Ujian - t tidak bersandar, ujian ANOVA sehala dan Post Hoc Tukey digunakan untuk menguji perbezaan antara faktor demografi dengan kedua-dua pembolehubah ini iaitu tahap kebahagiaan dan komunikasi interpersonal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kebahagiaan yang signifikan berdasarkan jantina, status perkahwinan, pangkat dan bangsa. Begitu juga dengan dapatan kajian untuk pembolehubah yang kedua, ia dilihat mempunyai perbezaan komunikasi interpersonal yang signifikan berdasarkan jantina, status perkahwinan, pangkat dan bangsa. Pekali Spearman telah digunakan untuk menguji hubungan diantara kedua-dua pembolehubah tersebut. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kebahagiaan dengan komunikasi interpersonal. Kebanyakan responden mengakui bahawa tahap kebahagiaan mereka  dipengaruhi oleh komunikasi interpersonal yang baik.

Boleh dapatkan rujukan drp :

Maktab Polis Cheras
Maktab Polis Kuala Kubu Bharu
Library University Malaya.

MEANING OF LIFE

MEANING OF LIFE

WELCOME

I JUST PREVIEW A FEW MODULE FOR PEOPLE TO ATTEND. MY MODULE ARE SUITABLE FOR GOVERNMENT SECTOR, PRIVATE SECTOR, OR INDIVIDUAL. ALL THE SPEAKER ARE VERY DEDICATED, TALENTED AND BRAINY , THEY ARE EXPERTS IN THEIR KNEES. MOST OF THEM ARE COUNSELOR, LECTURER AND MOTIVATOR FROM VARIOUS UNIVERSITY. IF U WANT ME TO CREATE A MODULE, I WILL WORK ON IT, WE CAN ADD AND JOIN ANY MODULE BELOW.