Kajian ini
bertujuan mengenalpasti hubungan antara kebahagiaan dengan komunikasi
interpersonal dalam kalangan staf PDRM di Bukit Aman. Kajian ini juga
dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu
jantina, status perkahwinan dan pangkat dengan kebahagiaan begitu juga dalam
mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina, status
perkahwinan, pangkat dan bangsa dengan komunikasi interpersonal. Dalam kajian
ini, sebanyak 217 responden diperolehi daripada staf di Bukit
Aman. Instrumen yang digunakan adalah Oxford
Happines Questionaire untuk menganalisis tahap kebahagiaan. Manakala Communicator Style Measure untuk
menganalisis gaya komunikasi. Analisa kajian dibuat dengan menggunakan taburan
kekerapan dan statistik deskriptif. Ujian - t tidak bersandar, ujian ANOVA
sehala dan Post Hoc Tukey digunakan untuk menguji perbezaan antara faktor
demografi dengan kedua-dua pembolehubah ini iaitu tahap kebahagiaan dan
komunikasi interpersonal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
kebahagiaan yang signifikan berdasarkan jantina, status perkahwinan, pangkat
dan bangsa. Begitu juga dengan dapatan kajian untuk pembolehubah yang kedua, ia
dilihat mempunyai perbezaan komunikasi interpersonal yang signifikan
berdasarkan jantina, status perkahwinan, pangkat dan bangsa. Pekali Spearman telah
digunakan untuk menguji hubungan diantara kedua-dua pembolehubah tersebut.
Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
kebahagiaan dengan komunikasi interpersonal. Kebanyakan responden mengakui
bahawa tahap kebahagiaan mereka dipengaruhi
oleh komunikasi interpersonal yang baik.
Boleh dapatkan rujukan drp :
Maktab Polis Cheras
Maktab Polis Kuala Kubu Bharu
Library University Malaya.